2007-09-06

Asas netfilter/iptables.

Disini saya sertakan link untuk tutotrial netfilter/iptables asas yang saya tulis suatu ketika dahulu untuk dikongsi bersama.

Asas Netfilter

Akan datang : Pengenalan kepada LaTeX.

2007-08-30

MERDEKA!, MERDEKA!, MERDEKA!




Hari ini merupakan ulangtahun kemerdekaan yang ke 50 bagi tanahairku yang tercinta ini. Walaupun terdapat pelbagai masalah-masalah yang telah timbul di negara ini, tapi pada diri saya, ini hanyalah sekadar ujina, cubaan dan dugaan untuk menguatkan lagi negara ini. Saya pernah tinggal di negara asing, tapi Malaysia jugalah tempat yang saya sukai. Hujan emas dinegara orang, hujan batu dinegara sendiri, tapi di negara sendiri yang ku cintai. Walaupun terdapat kelemahan situ dan sini, tapi keamanan tetap terpelihara. Alhamdulillah, disini kita tidak mendengar bunyi tembakan dan letupan bom, (kecuali tempat anda dekat dengan kem tentera, seperti tempat tinggal saya sekarang :)), tiada rusuhan, tiada keadaan darurat yang berpanjangan, tiada bencana alam yang dasyat dan lain-lain lagi musibah.


Bercakap mengenai kemerdekaan, saya ingin sentuh sedikit mengenai kemerdekaan minda kita terhadap OS. Disini saya senaraikan OS yang pernah saya gunakan dan sentuh.

MSDOS v2.11 - 8.0

MS Windows v2.0 - Vista, temasuk versi Server

MS-BOB : heh eh he e..

NeXTSTEP : http://en.wikipedia.org/wiki/NeXT
Pada masa tu memang anggun sekali OS dan HW nya.
Window Managernya best pada masa tu.

MS-Xenix : http://en.wikipedia.org/wiki/Xenix


Human68k dan SX-window : http://en.wikipedia.org/wiki/Sharp_X68000
Inilah komputer peribadi yang telah banyak mendidik saya dalam alam pengkomputeran.

GNU/Linux : Sejak 1997 lagi, saya sangat sayangkan OS ini. :)

FreeBSD, NetBSD, OpenBSD : Ini sentuh sikit-sikit saja.

QNX : kecik dan realtime

OS/2

AmigaOS : pada komputer Amiga 500. Ringan betul sistem tetingkapnya.

IRIX : pada komputer SGI (Octane, O2)

Dari Sun OS hingga Solaris 10

SCO Unixware :Ewah... ya, saya guna pernah mengendalikan OS ini.

Digital Unix Tru64 OSF/1.

Mac OS - OSX

Mungkin kebanyakkan OS yang saya senaraikan disini sudah tidak wujud lagi, dan dari sinilah kita boleh menguatkan lagi ilmu pengkomputeran kita. Dari pengalaman inilah, anda akan lebih faham kenapa saya tak minat kepada produk komersil, lebih-lebih lagi MS Windows. Kalau anda terbaca kritikan keras mengenai MS Windows, jangan salah anggap terhadap diri saya, kerana saya mengkritik mempunyai asas yang kukuh, lebih lebih lagi kalau berkaitan dengan taktik kotor monopoli syarikat itu.

Selagi kita tidak mencuba OS-OS lain, selagi itulah minda kita akan dijajah oleh satu-satu produk saja. Bebaskan dan merdekakan minda anda.

2007-08-24

Macam mana untuk menyimpan video dari youtube.com

Ramai diantara kita ingin menyimpan video klip dari laman youtube.com sebagai kenangan abadi. Terdapat beberapa cara, tapi ini adalah yang saya jumpa secara tidak sengaja semasa mengemas kini direktori dalam komputer ini.

Apa yang anda perlukan adalah Firefox dan plugin Shockwave Flash. Contoh:
Firefox 2.0.0.3
Shockwave Flash 9.0 d55

1) Pergi ke youtube.com dan buka/klik pada video yang anda inginkan.

2) Semasa player sedang memainkan video, masuk ke direktori /tmp
$ cd /tmp

3) Sekarang senaraikan fail terkini dengan rentetan Flash
$ ls -lt Flash* | head

4) Lihat fail yang teratas adalah fail sementara yang player sedang gunakan :)

5) Tunggu sampai player habis memainkan video.

6) Apa lagi, renamekan fail teratas tadi kepada nama yang anda inginkan. Contoh

$ ls -lt Flash*| head
-rw------- 1 bahathir users 7904986 2007-08-14 17:12 Flashlfu0L9
-rw------- 1 bahathir users 205627 2006-12-01 17:04 FlashLIbR1h
-rw------- 1 bahathir users 1391127 2006-12-01 17:04 Flash0M48WV
-rw------- 1 bahathir users 331497 2006-12-01 17:04 F
$ mv Flashlfu0L9 sonic_boom.flv

7) Dengan menggunakan perisian pemain semula multimedia kesayangan saya, MPlayer, apa tunggu lagi, mainkan saja fail tadi.

Kacang kan. :)

2007-08-22

Desktop ku sekarang. Promo untuk evilwm.

Setelah sekian lama menggunakan pelbagai jenis OS. Dibawah adalah rupa bentuk desktop ku. Ini adalah cekupan skrin pada komputer riba kerja ku. Tiada wallpaper, hanyalah sekadar warna kelabu (gray25), 2 terminal rxvt, dan 1 xclipboard yang saya gunakan sebagai Post-IT.





Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa ringkas/simple sangat... Jawapannya adalah bergantung pengalaman saya menggunakan komputer, dari memori 128kB, calculator programming yang hanya ada 422 programming steps, akses ke BBS/internet pada kelajuan 9600 baud, .... Ya, saya mula komputer semasa zaman dinosaur, memori kecil dan kelajuan CPU yang rendah, 4 MHz. RAM adalah sangat bernilai dan harga HDD dan RAM pun teramatlah mahal ketika itu. Jadi kenapa pandai-pandai menyesuaikan diri dalam persekitaran sebegitu buat suatu ketika yang agak lama juga.

Kemudian, saya berkesempatan menggunakan Sun 3/60 (CPU Motorola MC68020, RAM 16MB), Sun OS pada tahun 1989. Itu juga merupakan kali pertama menyentuh tetikus optikal dan paparan tetingkap (X11). Oya, input saya pertama selain dari keyboard ada tablet bersaiz A4, (NEC Mediagraph MG-10). Dengan kata lain, saya guna tablet sebelum guna tetikus.

Kemudian saya memiliki komputer peribadi NEC PC-9801 U2, 1.6MB, 2 FDD drive. Tidak lama kemudian saya beli komputer kegemaran saya Sharp X68000 XVI Compact (CPU: MC68000 16MHz + MC68881 co-processor, RAM: 6MB, 2FDD). Ya, pada masa itu tiada HDD, semuanya lari dari flopi saja. Lazimnya, saya guna X68000 untuk kegunaan seharian, seperti kompilasi, sunting, main game, dengar lagu MIDI dan sebagainya. Dengan sokongan padu dari sahabat saya, Yoshikawa Takashi, saya belajar sedikit sebanyak hacking guna assembly MC68000, dan berjaya membuang copy protection game Sim Ant. Oya, saya beli dan memiliki game Simt Ant yang ori tau. Tapi semuanya ini hanya kenangan manis semata-mata, setelah habis belajar dari negara matahari terbit tu.

Hari ini, saya masih TIDAK memiliki sebarang PC/notebook pun. Yang ada hanyalah komputer kompeni saja. Berbalik kenapa desktop tu kosong saja. Samada anda sedar atau tidak, anda lazimnya akan membuka sesuatu aplikasi secara fullscreen/skrin penuh. jadi apa gunanya desktop lawa-lawa dibelakang tu? Jadi tak perlu gambar dinding yang hanya dapat dilihat kalau anda tidak melakukan kerja. Selain dari mengurangkan penggunaan memori, sistem akan lebih cepat sikit. Sebelum sampai ketahap sekarang, saya telah mencuba beberapa jenis window manager (WM) dan Desktop Manager, seperti
NeXtStep (komputer Canon NeXT), twm, olwm, twm, fvwm, gnustep, blackbox, Xfce, Gnome, KDE, CDE, lwm, aewm dan sekarang evilwm. Dari banyak-banyak WM ini, WM yang minimalist seperti lwm, aewm dan evilwm menjadi pilihan hatiku, kerana kurang menggunakan memori dan ringan. evilwm pula boleh buat 'virtual desktop' dimana pada desktop maya yang kedua saya biarkan firefox dibuka fullscreen. Setiap tetingkap juga boleh dikawal dengan keyboard sepenuhnya. Dengan katalain, tetikus hilang pun, saya boleh guna tetingkap dengan efisien. Prinsip saya semasa guna komputer adalah, larikan apa yang perlu saja. Cari yang kecil dan ringan.

2007-08-21

Selamat datang.

Selamat datang ke blog ku.
Ini adalah topik permulaan dalam bentuk blog setelah 2 dekad menggunakan Internet. Sedikit sebanyak sejarah Internet ku.

1988 - Dulu-dulu saya hanya ada email saja. Mula mengenal Emacs. Pelantar :Sun OS dan Sun Solaris.
1990 - Baru berjinak-jinak dengan newsgroup.
  • Newsgroup reader : Emacs
  • Group yang selalu saya lawati : fj.rec.av; fj.sys.x68000; comp.graphic.gnuplot;....
1995 - Melayari Internet dan www.excite.com adalah search engine pertama ku.

1996 - Mencuba IRC, saya guna VisualIRC pada ketika itu, dan bertemu dengan jodoh saya.

1997 - Mula mengenal GNU/Linux, bermula dengan buku Installing Linux (Slackware 3.2). Bermula dari hari itu lah saya tidak menoleh kebelakang lagi. Perisian yang lazim saya gunakan semasa belajar dahulu seperti, X11, Emacs, LaTeX, gnuplot,... dapat diguna semula.

2000 - Cerai talak 3 dengan produk MS. Pada ketika ini, saya menggunakan GNU/Linux sepenuh masa, baik pada waktu keje mahupun waktu libur. Sekarang saya boleh sediakan server IRC, email, http, mysql, distro mikro Linux saya sendiri.

2007 - Saya menulis blog pertama ini.


Sesungguhnya GNU/Linux memang memberi banyak pengajaran dan pengalaman berguna dalam pengkomputeran diriku, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan jaringan.