2007-08-22

Desktop ku sekarang. Promo untuk evilwm.

Setelah sekian lama menggunakan pelbagai jenis OS. Dibawah adalah rupa bentuk desktop ku. Ini adalah cekupan skrin pada komputer riba kerja ku. Tiada wallpaper, hanyalah sekadar warna kelabu (gray25), 2 terminal rxvt, dan 1 xclipboard yang saya gunakan sebagai Post-IT.





Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa ringkas/simple sangat... Jawapannya adalah bergantung pengalaman saya menggunakan komputer, dari memori 128kB, calculator programming yang hanya ada 422 programming steps, akses ke BBS/internet pada kelajuan 9600 baud, .... Ya, saya mula komputer semasa zaman dinosaur, memori kecil dan kelajuan CPU yang rendah, 4 MHz. RAM adalah sangat bernilai dan harga HDD dan RAM pun teramatlah mahal ketika itu. Jadi kenapa pandai-pandai menyesuaikan diri dalam persekitaran sebegitu buat suatu ketika yang agak lama juga.

Kemudian, saya berkesempatan menggunakan Sun 3/60 (CPU Motorola MC68020, RAM 16MB), Sun OS pada tahun 1989. Itu juga merupakan kali pertama menyentuh tetikus optikal dan paparan tetingkap (X11). Oya, input saya pertama selain dari keyboard ada tablet bersaiz A4, (NEC Mediagraph MG-10). Dengan kata lain, saya guna tablet sebelum guna tetikus.

Kemudian saya memiliki komputer peribadi NEC PC-9801 U2, 1.6MB, 2 FDD drive. Tidak lama kemudian saya beli komputer kegemaran saya Sharp X68000 XVI Compact (CPU: MC68000 16MHz + MC68881 co-processor, RAM: 6MB, 2FDD). Ya, pada masa itu tiada HDD, semuanya lari dari flopi saja. Lazimnya, saya guna X68000 untuk kegunaan seharian, seperti kompilasi, sunting, main game, dengar lagu MIDI dan sebagainya. Dengan sokongan padu dari sahabat saya, Yoshikawa Takashi, saya belajar sedikit sebanyak hacking guna assembly MC68000, dan berjaya membuang copy protection game Sim Ant. Oya, saya beli dan memiliki game Simt Ant yang ori tau. Tapi semuanya ini hanya kenangan manis semata-mata, setelah habis belajar dari negara matahari terbit tu.

Hari ini, saya masih TIDAK memiliki sebarang PC/notebook pun. Yang ada hanyalah komputer kompeni saja. Berbalik kenapa desktop tu kosong saja. Samada anda sedar atau tidak, anda lazimnya akan membuka sesuatu aplikasi secara fullscreen/skrin penuh. jadi apa gunanya desktop lawa-lawa dibelakang tu? Jadi tak perlu gambar dinding yang hanya dapat dilihat kalau anda tidak melakukan kerja. Selain dari mengurangkan penggunaan memori, sistem akan lebih cepat sikit. Sebelum sampai ketahap sekarang, saya telah mencuba beberapa jenis window manager (WM) dan Desktop Manager, seperti
NeXtStep (komputer Canon NeXT), twm, olwm, twm, fvwm, gnustep, blackbox, Xfce, Gnome, KDE, CDE, lwm, aewm dan sekarang evilwm. Dari banyak-banyak WM ini, WM yang minimalist seperti lwm, aewm dan evilwm menjadi pilihan hatiku, kerana kurang menggunakan memori dan ringan. evilwm pula boleh buat 'virtual desktop' dimana pada desktop maya yang kedua saya biarkan firefox dibuka fullscreen. Setiap tetingkap juga boleh dikawal dengan keyboard sepenuhnya. Dengan katalain, tetikus hilang pun, saya boleh guna tetingkap dengan efisien. Prinsip saya semasa guna komputer adalah, larikan apa yang perlu saja. Cari yang kecil dan ringan.

6 comments:

Anonymous said...

salam.. pada orang lama
yang lain2 tu pada saya normal saja, tapi bila fikirkan jugak kenapa anda tidak memiliki pc sendiri? mungkin ada memori yang menyebabkan anda tidak mahu memiliki pc sendiri ..hehe

dolphin said...

evilwm sangat menarik,'
saya skrg sedang berjinak2 dengan evilwm,

dolphin said...

ya.
kenapa ya anda tidak memiliki pc sendiri ?
boleh kongsi tak sebab musabab nya ?

bahathir said...

Maafkan saya, 11 tahun terlewat balas. :)


Saya telah terangkan bahawa saya telah dibekalkan sebuah laptop untuk kegunaan kerja. Maka tiada keperluan bagi saya untuk membeli komputer sendiri.



Setelah saya bertukar kerja, dan anak-anak saya telah membesar, saya belikan sebuah PC , CPU AMD Phenom, 4GB RAM .. dan kemudian ditukar kepada CPU AMD FX 8350, 16 GB RAM, 512 GB SSD., beberapa tahun lepas dan masih ada hingga ke hari ini.

Untuk diri saya, smartphone Android pun dah mencukupi, selagi boleh melarikan bash shell . Saya guna apps "Termux" dan disitulah kebanyakkan kerja dan tempat ujian bagi saya. SAya pun ada RAspberry Pi 3B+ yang saya gunakan sebagai komputer desktop utama bagi saya.. Anak-anak saya yang lain saya bekalkan laptop seorang.


Juga seperti yang saya katakan dalam artikel, saya tidak memerlukan resources yang tinggi. oleh buka terminal atau konsol teks pun saya dah gembira.


Oya, saya masih menggunakan evilwm hingga ke hari ini..


Lagi sekali, maafkan saya kerana lewat membalas., kerana blog ini hanyalah blog ujian semata-mata dan saya tidak mengharapkan sesiapa yang akan bertandang ke sini..



Jumpa lagi..

bahathir said...

Tahniah..

Mungkin evilwm sangat ringkas, dan tiada fungsi yang canggih atau hiasan yang menarik tapi ianya cukup pada saya.. Saya tidak tahu, mungkin anda telah menggunakan window manager atau desktop manager yang lain pada ketika ini.. Sekurang-kuranngya anda dapat mencuba pelbagai jenis wm..


Terima kasih.

bahathir said...

Saya telah beri komen dalam respon untuk soalan yang sama dibawah.


Saya telah dibekalkan laptop untuk kerja, maka, tiada keperluan untuk membelinya sendiri..


Itu saja alasannya.


Terima kasih.